"BUAT DUIT DENGAN HANYA GOSOK GIGI?. ANDA PASTI TAK PERCAYAKAN?. AMARAN!! JANGAN GOSOK GIGI LEBIH DARI 3 KALI SEHARI, JIKA TIDAK MAHU POKET ANDA ‘TERKOYAK’!"

*Pendedahan Ini Hasil Desakan Bertalu Talu Semasa Temubual Dengan Seorang Pengguna Bijak Di Ipoh.

Alangkah baiknya, jika setiap bulan ada orang yang mahu berkongsi membayar segala bil dan ansuran yang perlu kita lunaskan. Ringanlah sedikit bebanan dan pening kepala kita, betul tak? Namun, mimpi hanya tinggal mimpilah, apa faedah dan keuntungannya untuk orang lain berkongsi masalah kita? Sendiri yang guna, sendiri bayarlah ...

KINI BUKAN RAHSIA LAGI!

Kita sudah biasa lakukan setiap hari. Hanya perlu gunakan kehebatan kita ditempat yang betul sahaja. Kehebatan apa tu?. Anda tak tahu?. Kehebatan kita berbelanjalah!. Sebenarnya kita boleh “Mencipta Pendapatan Dari Perbelanjaan”. Caranya, jadilah Pengguna Bijak dengan berbelanja di ENET Komuniti.

APA YANG DIMAKSUDKAN PENGGUNA BIJAK?.

  • Membeli dengan harga yang lebih murah daripada pasaran.
  • Menerima ‘rebet peribadi’ yang boleh ditukar tunai bagi setiap pembelian.

Macam mana, bagus tak berbelanja melalui ENET Komuniti?. Memang berbaloikan?. Itulah sebabnya kita dipanggil Pengguna Bijak. Bukan itu sahaja, ada lagi yang lebih menarik. Nak tahu?.

Jika dengan gosok gigi sahaja pun dah boleh buat duit, kenapa tak beritahu ahli keluarga kita juga, jiran jiran dan kawan kawan yang lain. Cepat beritahu mereka dan lihat wang mengalir lebih banyak ke poket anda:

  • Kita akan dibayar upah kerana ‘mengiklan’ .
  • Kita juga akan terima upah jika keluarga kita turut ‘mengiklan’.
  • Kita terima upah lagi bila kawan kita juga ‘mengiklan’.
  • Kita dapat upah lagi bila kawan kepada kawan kita pun ‘mengiklan’.
  • Kita dapat upah sehingga 10 generasi yang mengiklan.

Lumayankan?. Baca lagi..

UPAH IKLAN

Apa tu? Jangan pening kepala ianya semua berlaku secara automatik. Semuanya akan diuruskan oleh ENET Komuniti. Anda hanya perlu menjadi Pengguna Bijak yang berdaftar sahaja. Jangan bimbang ianya PERCUMA (jangan marah ye, yang percuma selalunya agak terhad).

Untuk memudahkan, di bawah ini disenaraikan langkah langkah bagaimana boleh bermulanya pengaliran wang ke poket anda:

  1. PenggunaBijak mendaftar di ENET Komuniti (membentuk satu komuniti online dan menjadi ‘database’ yang besar).
  2. Dengan ‘database pengguna bijak’ yang besar, ENET Komuniti melakukan perundingan pembelian secara pukal dari pembekal atau pengeluar produk.
  3. Jika pembekal atau pengeluar produk bersetuju untuk mengambil sedikit sahaja margin keuntungan, produk mereka akan diiklankan oleh semua Pengguna Bijak secara percuma.(Nota: Walau pun untung sedikit namun ‘volume’ yang besar akan mengkayakan mereka juga).
  4. Tiada caj yang dikenakan selagi tiada proses jual beli itulah maksud iklan percuma. Bila produk sudah terjual, barulah upah iklan akan dibayar oleh pembekal atau pengeluar produk kepada ENET Komuniti.
  5. Upah iklan yang diterima dari setiap penjualan akan diagih semula kepada Pengguna Bijak dan jadi pendapatan.
  6. Pengagihan upah iklan adalah dengan menggunakan sistem ‘Mata Profit Sharing’ atau MPS yang diurus secara online dan akan terus dibayar ke e-wallet Pengguna Bijak.

MATA PROFIT SHARING (MPS)

Setiap produk yang dibeli didatangkan dengan nilai MPS tersendiri. 1 MPS bernilai 1 sen. Nilai MPS ditentukan berdasar upah iklan yang dipersetujui oleh pembekal atau pengeluar produk. Pengagihan dilakukan secara leveraj dan sehingga 10 generasi. Untuk diri sendiri pula, kita akan menerima rebet peribadi.

Bagi menentukan nilai tunai yang masuk ke e-wallet kita, darabkan nilai MPS yang telah diberi semasa pembelian dengan peratusan yang kita layak (rujuk jadual di atas).

Contoh: Nilai MPS untuk sekotak ubat gigi adalah 250. Rebet peribadi kita adalah 30%.

Kiraan:

250MPS X 30% = 75MPS    
Nilai Tunai Bersih = 75MPS X RM0.01 = RM0.75

Lihat ilustrasi di bawah bagi carta pendapatan yang bakal diterima jika kita giat mengiklankan tentang kebaikan menjadi Pengguna Bijak di ENET Komuniti:

Projeksi di atas berdasarkan setiap Pengguna Bijak cuma berbelanja RM20 sebulan untuk 2 kotak ubat gigi sahaja dan mengumpul 500MPS. Lumayankan, itu baru ubat gigi sahaja. Bagaimana keperluan yang lain seperti shampoo, sabun basuh, kicap, sos dan lain lain lagi?.

Kita mungkin boleh mengumpul lebih dari 2000MPS sebulan, jadi cuba lihat pula di bawah ini berapa yang boleh kita bawa pulang setiap bulan:

*Nota: Projeksi di atas hanya setakat 5 generasi sahaja bagi memudahkan pengiraan. Potensi sebenar adalah sehingga 10 generasi.

ANDA TIDAK PERNAH GAGAL BERBELANJA SETIAP BULAN, JADILAH PENGGUNA BIJAK SEKARANG DAN JANA PENDAPATAN LUMAYAN SETIAP BULAN MELALUI ENET KOMUNITI. CEPAT TEMPAH POSISI ANDA KERANA LAMAN WEB INI MEMPUNYAI SISTEM RANDOMIZER YANG SANGAT AKTIF.

PENDAPATAN BERGANDA

Sudahkah anda teruja untuk menjadi Pengguna Bijak?. Tahniah!. Sebagai Pengguna Bijak, kita bukan sahaja menerima pendapatan dari upah iklan tetapi pelbagai macam lagi pendapatan yang akan datang menyusul satu persatu ke poket kita.

Ini adalah kerana sebagai Pengguna Bijak anda juga dibekalkan dengan satu laman web khas yang boleh digunakan untuk ‘memerangkap’ dan membina jaringan perniagaan yang mantap. Maksudnya, dengan secara tidak sengaja juga anda telah ada sekumpulan ‘network’ di bawah anda.

Mereka ini telah diaturkan oleh ENET Komuniti untuk terus menjadi jaringan anda dalam pelbagai peluang pendapatan yang akan menemui anda nanti. Cuba anda bayangkan, bagaimana mudahnya mencipta pendapatan melalui konsep ‘copy n paste’. Modal pun dah tiada masalah kerana semua Pengguna Bijak ada pendapatan dari MPS. Pendek kata, kalau anda kata tak mahu wang pun, ia tetap akan datang kepada anda.

Pernahkah anda mendengar ayat ini, ‘MULTIPLE SOURCE OF INCOME’?. Menjana pelbagai pendapatan itulah maksudnya. Sebagai Pengguna Bijak di ENET Komuniti anda akan melalui pengalaman ini nanti. Di dalam laman web ini anda akan didedahkan dengan beberapa pendapatan tersebut. Teruskan membacanya di Pendapatan 1, Pendapatan 2, Pendapatan 3 dan Pendapatan 4.

PENDAPATAN 1

Pendapatan 1 sebenarnya adalah sumbangan dari ENET Komuniti kepada Pengguna Bijak kerana ‘mengiklankan’ tentang REVOLUSI MASYARAKAT ELEKTRONIK kepada umum. Untuk lebih mudah difahamkan, ia dipanggil ‘upah iklan’. Setiap kali bertambahnya Pengguna Bijak di komuniti, ada sejumlah wang yang akan diagihkan semula kepada Pengguna Bijak. Ini adalah wang yang telah dibajetkan untuk kos pengiklanan membina jaringan dan pengkalan data oleh syarikat.

Pendaftaran sebagai Pengguna Bijak di ENET Komuniti adalah percuma. Selepas mendaftar, Pengguna Bijak sudah boleh log masuk serta menggunakan ‘pengkalan data jaringan’ yang disediakan (jika ada). Namun begitu untuk menggunakan laman web replika bagi tujuan penajaan ianya mesti diaktifkan terlebih dahulu. Kos pengaktifan cuma RM10 sekali seumur hidup dan secara tak langsung e-wallet juga turut diaktifkan.

Sumbangan yang diberikan adalah sebanyak RM1 untuk setiap Pengguna Bijak yang telah melakukan pengaktifan laman web. Ianya dibayar secara leveraj dan diberi sehingga 5 generasi. Kemasukkan Pengguna Bijak boleh terjadi dengan penajaan sendiri atau pun dari sistem yang bergerak secara randomizer.

Pelan Pembayaran Sumbangan Upah Iklan.

Ilustrasi di atas adalah berdasarkan setiap Pengguna Bijak memperkenalkan 10 Pengguna Bijak baru dan pembayaran hingga generasi ke 5. Jika seseorang Pengguna Bijak itu mampu memperkenalkan seorang Pengguna Bijak setiap hari hingga hari ke 100, berapakah pendapatan yang boleh diperolehinya?. Ini tidak mustahil dengan kuasa pemasaran Internet, kuasa iklan Facebook dan juga kuasa pengiklanan ‘mulut ke mulut’

Lihat di bawah:

Anda pilihlah sendiri berapa jumlah yang anda mahu. Kongsikan sahaja peluang menjadi Pengguna Bijak di ENET Komuniti kepada seberapa ramai orang. Wang pasti mencurah curah menghujani anda.

PENDAPATAN 2

Pendapatan Ke 2 datangnya dari “Program Beramal Secara Online Dan Berjemaah – Ikhlas4all”. Program ini dirancang untuk membantu mereka yang memerlukan, seperti rumah anak anak yatim, rumah asnaf, rumah warga tua, ibu ibu tunggal dan sebagainya.

Satu pakej khas telah disediakan untuk Pengguna Bijak di ENET Komuniti dengan kerjasama Majalah Potensi dan Ikhlas4all. Pakej tersebut mengandungi:

  1. Majalah Potensi Terkini.
  2. Majalah Potensi Edisi Khas ENET Komuniti
  3. Sistem Penghantaran SMS Pukal.

 

Pakej ini cuma berharga RM35.00 dan sangat berguna untuk Pengguna Bijak di ENET Komuniti sebagai ‘alat pemasaran’.  Dari setiap penjualan pakej ini, RM2.00 akan disumbangkan kepada tabung untuk mereka yang memerlukan seperti di atas, manakala nama pembeli pakej ini juga akan disenaraikan untuk menerima RM2.00 dari setiap pembelian pakej yang dibuat oleh Pengguna Bijak dari kumpulannya. Ia berkonsepkan ‘where giving is receiving’ dan diagihkan menggunakan pelan pembayaran ‘forced matrix 5 x 7’ bagi memastikan keadilan.

Pelan Pembayaran

Namun kehebatan Pendapatan Ke 2 ini adalah kerana kaedah “2 Pelan Kembar Melimpah” yang menggabungkan pelan Pendapatan 1 dan Pendapatan Ke 2. Di dalam Pelan Pendapatan 1, setiap Pengguna Bijak harus memenuhkan sekurang kurang 10 Pengguna Bijak di level pertama bagi memastikan ‘butang pengeluaran’ muncul di dalam e-wallet mereka.

Oleh kerana keterpaksaan ini, di pelan Pendapatan Ke 2 pasti berlaku limpahan atau ‘spillover’ kerana di level 1 cuma boleh diisi dengan 5 Pengguna Bijak sahaja, maka yang bakinya 5 orang masih tetap sebagai tajaan Pengguna Bijak tersebut tetapi di susun secara automatik di bawah Pengguna Bijak yang lain. Sila lihat ilustrasi di bawah.

Gabungan 2 Pelan Pendapatan.


Dengan kaedah setiap pendaftaran di ‘key-in’ ke dalam 2 sistem pembayaran yang berbeza, maka berlakulah ‘leveraging’ iaitu pencampuran secara adil Pengguna Bijak yang aktif dengan yang tidak aktif, juga Pengguna Bijak yang hebat dengan Pengguna Bijak biasa. Oleh sebab itu maka setiap Pengguna Bijak berpeluang untuk menjana pendapatan yang lumayan dari Pendapatan Ke 2.

PENDAPATAN 3

Pendapatan Ke 3 datangnya dari kehebatan setiap Pengguna Bijak. Apakah kehebatan itu?. Sudah tentulah jawapannya, ‘kehebatan berbelanja’. ENET Komuniti menyediakan satu galeri online bagi memudahkan setiap Pengguna Bijak berbelanja. Produk produk yang dijual adalah memang diperlukan oleh setiap Pengguna Bijak, harga yang ditawarkan pula adalah lebih murah dari harga pasaran.

Malah yang paling menariknya setiap pembelian akan diberi rebet tunai semula. Tidak cukup dengan itu, komisyen juga diberikan kepada Pengguna Bijak jika ada pembelian yang berlakukan dalam kumpulannya sehingga generasi ke 10. Pengguna Bijak boleh membuat pembelian secara online di www.smartlinkpoints.com . Produk akan dihantar terus ke alamat Pengguna Bijak oleh syarikat kurier.
Setiap produk ada MPS yang bermaksud ‘Mata Profit Sharing’, yang mana ianya adalah upah iklan yang diberikan oleh syarikat syarikat yang menggunakan perkhidmatan ENET Komuniti untuk memasarkan produk mereka. Bagi menyemarakkan lagi keseronokkan menjadi Pengguna Bijak di ENET, syarikat mengagihkan semula upah iklan yang diterima dalam bentuk MPS atau pun ‘profit sharing’.

Tiada syarat untuk melayakkan Pengguna Bijak menerima ‘profit sharing’. Selagi ada MPS yang dikumpul sendiri mahu pun Pengguna Bijak lain di dalam kumpulan, maka adalah ‘wang’ yang akan di kreditkan ke dalam e-wallet Pengguna Bijak selepas pembelian berlaku.

Pelan MPS


Ilustrasi Pengiraan 1 (Hingga level ke 5 sahaja)

Pengiraan di bawah berasaskan jika setiap Pengguna Bijak mengumpul 2000MPS sebulan. Ada banyak produk berkualiti yang dijual dengan harga yang sangat istimewa dan didatangkan dengan 2000MPS, sila semak di galeri.

Lumayankan?. Mari kita tengok contoh yang lain pula.

Ilustrasi Pengiraan 2 (Hingga level ke 5 sahaja)  * 1MPS = 1 Sen

Tidak semestinya Pengguna Bijak perlu mengumpul sehingga 2000MPS, ilustrasi di bawah adalah hanya dengan menggunakan 2 kotak ubat gigi sebulan (RM10 X 2), Pengguna Bijak sudah mengumpul 500MPS. Cuba lihat dan fikir fikirkan dengan hanya mengguna ubat gigi sahaja pun sudah mampu mencipta pendapatan yang lumayan.

PENDAPATAN 4

Pendapatan Ke 4 adalah datangnya dari penggunaan talian Prabayar Tone Excel WOW (TuneTalk-Celcom). Bagi membina pendapatan yang lebih besar, ahli digalakkan untuk menggunakan talian Prabayar Tone Excel WOW. Ahli boleh mendapatkan nombor baru (011-XXXX XXXX) atau pun mengekalkan nombor sedia ada (prabayar dan didaftar dengan nama sendiri sebelum ini).

Harga kad SIM Prabayar Tone Excel WOW adalah RM80 dan didatangkan dengan  nilai kredit RM30. Untuk memudahkan semua ahli, syarikat menyarankan agar RM80 pertama di dalam e-wallet ENET adalah dikhaskan untuk mendapatkan kad SIM ini.


Lawatan Tuan Syed Kamaruzaman (Tone Excel) dan Mr Neillson ke ENET Komuniti.

Namun begitu ahli juga ada pilihan, samada untuk membeli terus secara tunai atau pun dengan membuat pindahan dari pendapatan di Ikhlas4all. Lebih cepat ahli mendapatkan kad SIM ini lebih baik kerana lebih cepatlah untuk mula membina Pendapatan Ke 4. (Susunan kumpulan adalah mengikut hiraki asal di dalam ENET Komuniti – tidak perlu menaja semula).

 

Bonus penajaan terus adalah RM20. Manakala komisyen ulangan setiap bulan boleh diterima sehingga 3 level (setiap kali ahli di bawah anda melakukan tambah nilai). Syarat untuk layak menerima komisyen setiap bulan adalah dengan menggunakan had prabayar sekurang kurangnya RM20 sebulan. Mengikut kajian, rata rata pengguna talian prabayar menambah nilai lebih dari RM20 setiap bulan.

Namun begitu adalah digalakkan untuk menambah nilai lebih dari RM30 setiap bulan, ini adalah untuk mendapat perlindungan Insuran Kemalangan diri bernilai RM100,000 percuma dari Etiqa Insuran.

 

Bayangkan jika semua ahli cuma mengguna RM30 sahaja sebulan, berapakah pendapatan yang boleh anda nikmati setiap bulan?.

 

Lihat ilustrasi di bawah:                 
                                               
Bagaimana?. Lumayan jugakan. Namun begitu harus diingat, pendapatan ini tercipta secara automatik kerana sudah ada jaringan yang dibina untuk ahli malah sudah ada modal yang disediakan untuk membolehkan setiap ahli menyertai perniagaan Tone Excel WOW ini. Ahli tidak menjual nilai top up tetapi akan menerima komisyen setiap kali ahli di dalam kumpulan mereka menambah nilai. Apa akan berlaku jika setiap ahli menggunakan RM100 setiap bulan?

Lihat ilustrasi di bawah:

Apa yang ditunjuk di atas adalah ilustrasi, pendapatan ahli mungkin kurang dan mungkin juga lebih, bergantung kepada usaha. Namun begitu, dengan menjadi ahli ENET Komuniti, segalanya akan bergerak secara automatik. Paling penting! Ada banyak lagi pendapatan dan faedah yang bakal anda perolehi dan nikmati sebagai ahli.

SISTEM RANDOMIZER

Sistem ini membenarkan prospek atau pun potensi yang mendaftar sebagai Pengguna Bijak tetapi tanpa diperkenalkan oleh sesiapa pun, disusun secara rawak atau rambang di bawah Pengguna Bijak yang kurang aktif danlangsungbelum pernah memperkenalkan mana mana Pengguna Bijak.

Ia pasti berjaya dan akan berlaku kerana laman web ENET Komuniti dipromosikan secara besar besaran online dan offline. Di antara kaedah promosi adalah penggunaan pelekat kereta, signboard, bunting, banner, jaket, kemeja korporat, t-shirt, kad perniagaan, pengiklanan di blog blog, iklan percuma, akhbar online, facebook ads, fliers dan lain lain cara.

Oleh kerana tiada ‘maintenance bulanan’ yang diperlukan, maka setiap Pengguna Bijak berpeluang untuk terus mencipta pendapatan samada aktif atau pun tidak. Maka saranan dari ENET Komuniti, tempahlah posisi awal kerana Sistem Randomizer pasti akan menghantar Pengguna Bijak yangtanpa penaja ke bawah anda.

Testimonial



Yazid Hanifiah

Bentong, Pahang


Saya tak pandai untuk menjual barang. Pernah juga beberapa kali ‘join’ bisnes jualan langsung, tapi saya gagal. Namun sebagai manusia biasa, saya ada keperluan yang perlu dipenuhi dan saya tidak nafikan yang saya suka berbelanja.

 Di ENET Komuniti ini saya sungguh seronok, tak payah jual barang tetapi saya tetap dapat duit, sebab beli barang pun boleh dapat duit. Dulu kalau beli barang dapat resit jer…

Haji Mutalif

Ipoh, Perak


Tak kiralah, apa bisnes yang anda buat sekarang ni. Daftarlah juga sebagai Pengguna Bijak di ENET Komuniti ini. Banyak produk berkualiti yang diiklankan untuk kita, pilih sahaja dan harganya lebih murah daripada pasaran.

Dari setiap pembelian, kita akan menerima rebet semula yang boleh ditukar dengan wang tunai. Lebih banyak kita berbelanja, lebih besar pulangan tunai yang bakal diterima. Memang berbaloi..

Nisfu

Wangsamaju, Kuala Lumpur


Saya rasa peluang ini sangat bagus. Sudahlah beli dengan harga yang murah, lepas tu saya dapat rebet tunai semula. Jadi saya kongsikanlah dengan adik beradik saya pula..

Tak sangka pula, bila adik beradik saya mula menjadi Pengguna Bijak dan membeli produk yang diiklankan oleh ENET Komuniti, saya dapat komisyen pula. He he he..seronok betul la.

Kapten Zaini

Taman Melawati, Kuala Lumpur


Apa lagi cara yang paling mudah nak buat duit?.  Ini peluang yang tak boleh dilepaskan, dengan gosok gigi sahaja pun  kita dah boleh jana pendapatan yang lumayan.

Anda pun gosok gigikan?. He he he.., berapa banyak dah dapat duit?. Apa lagi, cepatlah join kami. Bisnes ni bermula seawal pukul 5 pagi…, orang bangun saja tidur dan terus gosok gigi. Kita pun mula kira untung…

Prof Dr Ragu

Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur


Bukan ubat gigi saja yang ada, macam macam produk lain yang bagus dan berkualiti ada di ENET Komuniti. Semua pun ada MPS, maknanya beli apa sahaja pun kita boleh dapat duit semula.

Saya order secara online, esok barang sudah sampai ke rumah saya. Belanja pos murah sangat, 20kg ke 30kg baru RM12 sahaja. Cepat! Jadilah Pengguna Bijak…

Othman Ali Baba

Putrajaya, Wilayah Persekutuan


Saya ni buat macam macam bisnes, tapi saya tak boleh tinggalkan ENET ni kerana ia bisnes jangka masa panjang. Mula mula tu memang tak nampak duit, tetapi makin hari makin banyak dan ianya berkekalan.

Saya mencipta pendapatan hanya dari perbelanjaan sahaja. Semua orang pun berbelanja, jadi apa yang susah nak buat duit di ENET Komuniti ni. Anda cuma perlu beritahu pada kawan kawan sahaja. Bila mereka dah tahu, pasti mereka pun nak join…dan sangat teruja. Percayalah..

Ainuddin

Kampar, Perak


Anda tahu apa itu Randomizer?. Ha ha saya pun tak tahu pada mulanya. Al maklum ajelah..orang lama. Rupa rupanya, kalau ada orang jumpa laman web syarikat di Internet dan berminat nak join tetapi tiada penaja, maka orang itu akan di daftarkan secara rambang atau pun rawak di bawah sesiapa sahaja yang belum ada orang bawah.

Saya dah dapat beberapa orang..terima kasihlah pada ENET Komuniti dan sistem randomizernya yang sangat power.

Puan Anita

Tapah, Perak


Mungkin ada orang yang gosok gigi tapi tak guna ubat gigi, tak apelah. Tapi ada ke orang yang tak makan?.  ENET Komuniti telah banyak berunding dengan restoran restoran.

Jika kita pergi makan di restoran tersebut, kita akan diberi kupon yang ada nilai MPS bergantung berapa banyak yang anda belanja di restoran tersebut. Tengok..makan pun boleh dapat duit. Hmmm..saya pun nak iklankan capati saya di ENET Komuniti.

Puan Shida

Kuala Kangsar, Perak


Saya berniaga burger, tapi pendapatannya tak menentu. Apa yang saya nak katakan, selagi burger tak dijual selagi itulah saya tak dapat duit. Tapi kalau tak ada duit pun saya tetap kena berbelanja. Syukurlah ada ENET Komuniti, sekurang kurangnya saya tetap dapat tambah pendapatan semasa saya berbelanja.

Konsep yang ada di ENET Komuniti sangat membantu terutamanya untuk orang orang yang tak pandai berniaga dan nak jual jual barang. Tak payah susah susah nak cari orang pun, bagi tau aje pada kawan kawan. Harga yang murah tu pun dah cukup menjadi penarik…

Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Next Lihat Semua Testimonial

Berita Terkini

Sponsor Anda


Sponsor

azharj

Azhar Bin Hj Johor

Laman Ahli


Refresh Code


Lupa Password | Daftar Percuma

Top Bonus

Top Bonus

vjairajan

Rajendran A/L Subramaniam


10 Latest Member

  1. erajaya
    Abdul Rahim bin Abdul Mutalib
  2. riena
    azarina
  3. zalie
    MOHD GHAZALI HALIM
  4. afizdollah
    hafizuddin bin abdullah
  5. adeqlibang
    azizuddin bin abdullah
  6. loganathan a/l muniandy
    loganathan a/l muniandy
  7. fua\'ad telekom
    Mohd Fua\'ad Bin Sahrom
  8. apitbiz
    Mohamad Firdaus
  9. nurul_9224@yahoo.com
    NURUL FATEHAH BINTI EMBONG
  10. fazli7377
    mohamad faslizan bin yakub

10 Latest Payment

  1. muhibbah27
    Aman Muhibbah Enterprise)
  2. nambi
    NAMBI RAVINTHARAN A/L KRISHNA)
  3. balan7457
    Balan A/L Raman)
  4. imah68
    Nadzimah binti Abdullah)
  5. abgzaha
    Zahar Bin Hamyah)
  6. mooi
    LAU MOOI MOOI)
  7. yhovin
    SANDARAN A/L ARUMUGAM)
  8. rosbg
    ROSLI BIN HUSSIN)
  9. apipoh
    HAFZANIZAN B, HASNAN)
  10. mee
    MOHD SUHAIMEE BIN JAAFAR)

Hubungi Kami

ENet Komuniti Marketing & Services,
No 16 Medan Istana 1, Bandar Ipoh Raya, 30000 Ipoh, Perak
Tel/Faks: 05 241 3323